Wednesday 1 February 2012

KAYU JATI ditaja lembUMNO ???

JATI ditaja UMNO?


KUALA LUMPUR: Penubuhan NGO yang diberi nama JATI oleh Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Ali jelas seakan-akan menggambarkan ianya satu perancangan yang ditaja oleh pihak tertentu.

Naib Ketua Dewan Pemuda Malaysia, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, Dengan melihat agendanya untuk memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan Raja-Raja Melayu memberikan persepsi bahawa ada kaitan dengan sebuah parti politik yang memperjuangkan slogan Bangsa, Agama dan Negara.

“Saya mencabar Dato’ Hasan dan pasukannya untuk bertanding pada PRU13 nanti,” katanya dalam satu kenyataan media 1 Februari lalu.

Menurutnya, beliau tidak akan terkejut selepas ini bahawa Dato’ Hasan akan bertanding atas tiket Umno nanti.

Katanya, ini kerana semua program penerangan dan ceramahnya di seluruh Negara telah diuruskan oleh Umno.

“Bagi saya, jika ujian pertama Dato’ Hasan lulus iaitu menarik seramai mungkin penyertaan yang hadir ke majlisnya dan sudah tentu ada usaha tawar-menawar selepas ini,” dakwa beliau.

Beliau mempersoal adakah pimpinan sedia ada di dalam PAS akan bersama beliau dan bersama-sama dalam NGO yang baru ditubuhkan beliau.

“Dato’ Hasan boleh memilih mana-mana kerusi yang ingin beliau tandingi pada PRU 13 nanti,” katanya yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak.

Tambahnya, PAS bersedia bertembung dengan beliau yang menjadikan isu ‘parasit’ sebagai tiket untuk menyerang parti itu. 
 

No comments:

Post a Comment