Tuesday 14 February 2012

200 000 hantu dikesan di Tanah Melayu !! JENG JENG JENG

Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini dimaklumkan bahawa semakan audit yang dijalankan ke atas daftar pemilih mendedahkan wujudnya jumlah amat besar  pengundi yang meragukan.

NONEMimos Bhd, sebuah syarikat teknologi milik penuh kerajaan yang membuat semakan audit itu pada taklimatnya kepada PSC berkata terdapat sekurang-kurangnya  230,000 pengundi yang mencurigakan.

Menurut ahli PSC Anthony Loke (kiri), taklimat telah diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mimos, Abdul Wahab Abdullah semasa mesyuarat dua jam, semalam.

Turut hadir semasa mesyuarat dan taklimat berkenaan adalah pengerusi PSC Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili.

Loke berkata Mimos pada taklimatnya memberitahu pihaknya mengesan 820 kes di mana terdapat lebih daripada 100 pengundi yang menetap di alamat yang sama.

"Selain itu, kami mendapati 1,259 kes di mana antara 51-100 pengundi tinggal di alamat yang sama, 3,254 kes di mana terdapat antara 21-50 pengundi tinggal di alamat sama, dan 6,002 kes yang melibatkan antara 11 hingga 20 pengundi di rumah sama.

"Tempat-tempat ini termasuk kem tentera," katanya kepada Malaysiakini.

Turut dipertikaikan adalah alamat yang mencurigakan di mana pengundi didaftar dengan alamat yang tidak lengkap ataupun tidak sah. Sebagai contoh, katanya: "Tiada alamat atau rumah 62, Lembah Pantai dan E6, Seputeh".

NONEMenurut Loke, PSC telah memberikan Mimos tempoh dua minggu untuk menjalankan semakan dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya bagi mengemaskini nama-nama dan alamat mencurigakan itu.

"PSC itu tidak bincang lanjut bagaimana untuk membetulkan perkara itu dan Mimos akan kembali dalam masa dua minggu," katanya.
Belum boleh bubar parlimen

Memandangkan jumlah pengundi yang meragukan sebegitu ramai, Loke berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu memastikan daaftar pemilih dibersihkan sebelum beliau membubarkan parlimen supaya pilihan raya umum dapat diadakan.

Pemimpin DAP itu berkata Mimos turut mengenal pasti 785 polis dan anggota tentera yang berdaftar sebagai pengundi pos dan pada masa yang sama, juga sebagai pengundi biasa.

azlanSemasa laporan awal PSC dibentangkan pada Disember, selepas jawatankuasa itu mengadakan beberapa pendengaran awam, mereka telah membuat beberapa cadangan, termasuk semakan audit pengundi.

Mimos kemudian ditugaskan untuk memeriksa daftar pemilih bagi mengesan nama atau kad pengenalan yang sama ataupun bertindih, pengundi berusia lebih 100 tahun dan mengesahkan butiran pengundi dengan pangkalan data dari agensi-agensi kerajaan yang lain.

Loke juga mendedahkan bahawa Mimos berjaya mengesan 22,076 pemilih berdaftar yang berumur lebih 90 tahun.

lembUMNO TAK PERNAH ada hubungan dengan Israel Laknatullah, MAHA HEBAT lembUMNO !!!!




Pada 6-9 Julai 1994
Dr Mahathir mengadakan pertemuan sulit
dengan Perdana Menteri Israel, Yithzak Rabin
dan Menteri Luarnya, Shimon Peres
yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis.


Laporan berita oleh TV Israel dan AFP dinafikan
oleh Dr Mahathir dengan alasan beliau ke sana
semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis,


lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3
manakala Rabin berada di tingkat 2.


Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga
berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat.
dasar keling..


Pada 26 September ,
Menteri Luar Malaysia ,
Syed Hamid Albar bersalam dan berbincang
dengan rakan sejawatan dari Israel ,
Devid Levy di New York.


David Levy baru dilantik oleh
Perdana Menteri Israel , Ehud Barak.
David Levy merupakan Yahudi
kelahiran Maghribi.


Mereka berbincang berhubung
perdamaian Arab/Palestin - Israel ketika
sesi Perhimpunan Agung PBB.


Ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar melalui
surat khabar Harakah mengecam pertemuan ini.


PAS melabelkan Israel sebagai negara pengganas.
Sokongan kerajaan Malaysia kepada perjuangan Palestin adalah "empty pledge" .


Pada 16 Ogos 1999,
Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia
telah mengutus surat tahniah kepada Ehud Barak
yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri Israel.

Bagaimanapun surat ini tidak dapat disahkan.


Pada 16 Jun 2009,
Menteri Pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
bertemu dengan Menteri Pertahanan Israel
Ehud Barak pada satu majlis koktail semasa
Pameran Ruang Angkasa dan
Penerbangan Antarabangsa ke-48 di Paris, Perancis.


Zahid mengenakan beberapa syarat
pertemuan iaitu seperti tiada pegawai pengiring
daripada pihak Israel, tiada jurugambar
dan tiada "double standard" kerana
bimbang disalahtafsir.


Jika Israel menghulurkan tangan untuk
mewujudkan kesamaan, akan di sambut
dgn mesra lagi di hormati
sudah tentu lah melakukan keganasan
ke atas rakyat Palestin, Lubnan, Syria , Mesir


-----------------------------------------------------------

Saham 31 % Pantai Holding Berhad telah dijual kepada
Parkways Holdings Limited
iaitu syarikat milik pelobi Zionis bernama Richard C Blum.

Pantai mempunyai 6 buah hospital swasta
di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Cheras,
Klang,Ipoh, Pulau Pinang dan Batu Pahat.

Syarikat MITV milik Israel di Singapura
memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia.

MITV mengalahkan syarikat lain
yang lebih layak seperti DiGi.

5 % saham Telekom Malaysia dijual kepada
Temasek Holdings.

Sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah
kembar Siam dengan ketenteraan Israel.

Konvoi Malaysia turut terlibat dalam
Viva Palestina pergi ke Gaza pada 2009 .

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mahfuz Omar
mempertikaikan kewajaran Datuk Seri Najib Tun Razak
melantik firma konsultan komunikasi APCO Worldwide
untuk mempromosikan nama dan jenama Malaysia.

Anwar mahu Najib menjelaskan kaitan
antara 1Malaysia dengan One Israel .
Penjelasan Anwar itu boleh menyebabkan
Anwar digantung selama setahun kerana berkata benar.

Laman blog Chegu Badrul Hisham Shahrin
mempersoalkan Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H)
berpangkalan di Singapura yang mendapat tender RM42 juta.

Beliau curiga maklumat keselamatan,
pertahanan dan data sulit PDRM akan
terlepas kepada ‘programmer’ tentera Israel.
Izhak David Naskar memegang
pasport Israel bernombor 10902695 itu
masih lagi warganegara Israel.

Beliau adalah pakar komputer dan
telah memenangi anugerah daripada
Kementerian Pertahanan Israel.

Beliau membina sistem risikan
berteknologi tinggi untuk
pasukan pertahanan Israel
sekitar 1970 hingga 1987.

Seorang lagi ialah yang membina
sistem komunikasi PDRM ialah
Ido Sccheschter yang memegang
pasport Israel bernombor 56626252.

Beliau masih lagi seorang tentera Israel
yang sah bukannya tentera pencen.

Pada 6 April 2010, Ketua Polis Negara
Tan Sri Musa Hassan meminta
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan
bukti bahawa ejen Israel wujud dalam PDRM.

Pada 13 April 2010,
Datuk Wira Abu Seman Yusop
menjelaskan di Parlimen bahawa
kesemua pekerja yang terlibat dalam
pembangunan projek "Police Reporting System"
(PRS) PDRM terdiri daripada warga tempatan
 kecuali seorang warga India.

Fasa 1 dan Fasa 2 oleh
Sapura System Sdn Bhd (SSSB) .

Fasa 3 oleh Masterplan Consulting Sdn Bhd (MPC)
yang melantik subkontraktor iaitu Asiasoft (M) Sdn Bhd.

70 % saham syarikat ini dimiliki rakyat Malaysia
dan bakinya dimiliki Asiasoft (S) Pte Ltd.

Selepas Ogos 2007, 100 % saham milik
Asiasoft (S) Pte Ltd telah diambil alih
oleh Asiasoft Global Pte Ltd yang berdaftar
di Singapura linknya di Tel Aviv, Israel.

Asiasoft Global Pte Ltd dimiliki seorang
rakyat Singapura iaitu Toh Kian Hong (49 %)
dan Top Image Systems Ltd (TIS) (51 %).

Dua daripada anggota lembaga pengarahnya
adalah rakyat Israel tegar.

Fasa 3 telah disiapkan pada Oktober 2006,
sebelum penstrukturan. Selepas siasatan,
subkontraktor Asiasoft (M) Sdn Bhd
ditamatkan pada 31 Dis 2008.


KLIK BESARKAN GAMBAR..


 

lembUMNO lebih baik dari PR si Selangor

Sabak Bernam : Umur Rasib Ghazali sudah mencecah 72 akan tetapi, harapan penduduk Kampung Hala Cara Baru itu untuk mendapat geran tanah bagi tapak rumahnya tidak kesampaian hingga semalam.

Penantian Rasib dan 116 penduduk kampung di daerah Sabak Bernam selama lebih 30 tahun berakhir apabila mereka diberikan notis 5A, iaitu notis yang mengakui mereka pemilik tanah yang sah, oleh Kerajaan Selangor.

Perasaan lega dan gembira jelas kelihatan di wajah Rasib dan penerima-penerima lain dari kampung Kampung Nelayan Haji Dorani, Kampung Jalan Pantai Sekendi dan Kampung Hala Cara Baru Sungai Panjang.

"Hampir-hampir 30 tahun lah. 30 tahun saya tunggu tak dapat-dapat. Sampai sekarang dah dapat Alhamdulillah," kata Rasib apabila ditemui di dalam majlis penerimaan borang tersebut di sini.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berkata pemberian geran kepada pemilik tanah yang sah adalah usaha berterusan pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mahu bersikap adil kepada rakyat yang sudah berpuluh tahun menanti tetapi masih belum mendapat geran tanah. Di sesuatu kawasan, mereka sebagai pemilik yang sah. Inilah antara usaha dan janji kita kepada rakyat Selangor.

"Kita dapati dari kajian kita bukan sedikit. Lebih daripada 80,000 rakyat peneroka tanah di Selangor akan menerima geran sah (notis 5A) milik kepada mereka," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Borang Notis 5A Dan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Dewan Seri Bernam di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim dan Pegawai Daerah Sabak Bernam, Mohd Zainal Mohd Nor.

Seorang lagi penerima Rahani Siran, 71, dari Kampung Hala Cara Baru berkata, beliau menanti saat itu lebih dari 20 tahun dan berasa amat gembira pada hari ini.

"Tinggal kampung di sana tu dalam tahun 1989, dalam 22 tahunlah," katanya.

Seorang lagi, Mohd Sulaiman Yunus, 74, dari Kampung Nelayan Haji Dorani mengungkapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri.

"Alhamdulillah sangatlah kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah memberi notis 5A dan kebenaran untuk saya menduduki tanah Kampung Nelayan ini dan masalah ini selesailah," kata Mohd Sulaiman.

Kerajaan Negeri juga akan mengurangkan bayaran premium hingga ke RM1,000 kepada penerima geran dan sekiranya masih tidak mampu menjelaskannya, mereka tetap dibantu oleh Tabung Kebajikan.

Pada majlis yang sama seramai 120 pewaris turut menerima RM1,500 seorang dari Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

"Dasar Kerajaan Pakatan Rakyat adalah untuk menyelesaikan keseluruhannya dan tanpa mengambil kira fahaman politik kerana mereka semua adalah rakyat Selangor. Mereka berhak mendapat geran tersebut," kata Abdul Khalid semasa memberi sumbangan SMUE. -tvsnews



p/s : aku maksudkan lembUMNO lebih baik adalah dari segi beri tanah dan harta pada kerabat dan poket sendiri, ala - ala lembu NFC gitu..hahaha..
tak percaya ??? ni APA ??? toyol toyol