Tuesday 31 January 2012

Sejati Parasit dalam "KAYU" JATI

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali yang dipecat keahliannya oleh parti itu, akan menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) dinamakan 'JATI' untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.

himpun rally in penang hasan ali"Secara peribadi orang tanya saya nak sertai Umno atau PKR... saya nak katakan, saya tidak akan sertai mana-mana parti politik, saya akan sertai NGO yang namanya JATI," katanya di Shah Alam.

Beliau yang ditemui selepas berceramah di Seksyen 17 malam semalam, turut mengakui masih sayangkan PAS dan mahu membantu parti itu menghapuskan golongan 'parasit' yang cuba merosakkan perjuangan asal PAS.

Sejak dipecat dari PAS pada 8 Jan lalu, spekulasi tersebar luas bahawa bekas anggota exco kerajaan negeri Selangor itu akan menyertai Umno.

Mengulas mengenai JATI, Hasan berkata, NGO tersebut akan dilancarkan pada 21 Februari depan.

Beliau turut mengajak NGO lain untuk bergabung dengan JATI bagi membentuk 'kuasa ketiga' yang diharapkan dapat mengimbangi kehadiran BN dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13.

Ditanya sama ada kuasa ketiga itu akan menyokong parti memerintah, Hasan berkata, perkara tersebut belum diputuskan.

"Kita adalah kuasa ketiga kalau bertanding pun atas nama kuasa ketiga dan kita tak kisah sama ada kita bertanding bersama atau tidak bersama dengan mana-mana parti politik," katanya.

- Bernama

Menjawab Kenyataan Bendahari Pemuda lembUMNO Kelantan

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan menyifatkan dakwaan Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan, Datuk Bazlan Baharuddin yang meyifatkan Menteri Besar Kelantan sebagai kemaruk jawatan sebagai satu dakwaan daripada orang yang hilang pertimbangan. Kenyataan tersebut disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian hari ini Selasa 31 Januari 2012 di halaman K6.

2. DPPNK ingin mengingatkan bahawa sistem pemilihan pemimpin di Malaysia berasaskan kepada parti yang mempunyai majoriti di dalam pilihanraya. Mana-mana parti yang mendapat majoriti dalam pilihanraya berhak menentukan pemimpinnya untuk mengetuai negeri atau negara dengan perkenan daripada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung atau Sultan negeri berkenaan. Sistem pemilihan pemimpin secara langsung oleh rakyat sebagaimana yang diamalkan di sesetengah negara tidak dipraktikkan di Malaysia.

3. Justeru, menjadi hak parti PAS yang mendapat majoriti di Kelantan untuk menentukan mana-mana pemimpinnya sebagai Menteri Besar. Hanya PAS yang berhak menentukan bilakah Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat boleh berundur dari jawatannya sebagai Menteri Besar Kelanta. Jika UMNO ingin membuat keputusan tentang jawatan ini, UMNO perlu berusaha untuk mendapat majoriti di dalam pilihanraya terlebih dahulu. DPPNK yakin bahawa Bazlan cukup maklum dengan hakikat ini. Justeru, tindakan menabalkan mana-mana individu sebagai Menteri Besar Kelantan tanpa majoriti dalam pilihanraya adalah merupakan tindakan sia-sia. Datuk Dr Awang Adek Hussein tentu boleh menjelaskan hal ini dengan terperinci kepada Datuk Bazlan Baharuddin.

4. Dalam masa yang sama, tindakan Bazlan yang menyamakan Nik Abdul Aziz dengan Tun Dr Mahathir adalah merupakan satu hujah yang meleset. Ini kerana Mahathir mendapat tekanan dari dalam partinya sendiri agar berundur selepas kemerosotan sokongan orang Melayu kepada UMNO di dalam pilihanraya umum 1999, berbeza dengan Nik Abdul Aziz yang sentiasa disokong padu oleh seluruh ahli PAS dan rakyat Kelantan untuk menerajui negeri Kelantan.

5. Kedangkalan Bazlan sekali lagi terbukti apabila menyatakan tindakan mengekalkan Nik Aziz sebagai Menteri Besar menutup peluang pemimpin muda di bawahnya untuk memegang jawatan tersebut. Inilah bezanya pemikiran UMNO dan PAS. Di dalam PAS, kepimpinan bukanlah soal peluang, ia bukannya harta peribadi untuk dipindahmilik. Ia adalah satu amanah. Pemimpin yang dilantik bukanlah semata-mata untuk memberinya peluang, tetapi untuk memberikannya amanah menjalankan tugas demi kemakmuran rakyat.

6. Hakikatnya, Datuk Bazlan Baharuddin seharusnya malu menggunakan istilah kemaruk jawatan tersebut terhadap Menteri Besar Kelantan memandangkan beliau sendiri terpalit dengan kontroversi apabila menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Gua Musang dalam situasi yang tegang pada Oktober 2008 yang lepas. Umum masih ingat bagaimana Ketua Bahagian UMNO Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah telah mengumumkan pembatalan mesyuarat Pemuda UMNO Gua Musang pada 23 Oktober 2008 yang memilih Bazlan sebagai Ketua dan mengesahkan mesyuarat Pemuda UMNO Gua Musang pada 25 Oktober 2008 yang memilih Mohd Azizi Abu Naim sebagai ketua Pemuda.

7. Umum juga masih ingat bagaimana Bazlan diselamatkan oleh ibu Pejabat UMNO yang mengesahkannya sebagai Ketua Pemuda sekalipun bertentangan dengan pengumuman Ketua Bahagian. Kontorversi seperti ini sewajarnya menjadi medan muhasabah untuk Bazlan sebelum melemparkan istilah kemaruk jawatan.

Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,

Ketua Penerangan,

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Bertarikh : 31 Januari 2012

Saturday 28 January 2012

Isu Akidah, HASAN AKIDAH tak MENYALAK PULAK ????


KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila ratusan anak yatim dan pelajar pusat tahfiz dikerah memungut derma bagi membiayai kegiatan menghidupkan semula ajaran sesat Azhar Wahab dengan berselindung di sebalik jualan amal di seluruh negara, terutama sekitar Lembah Klang.
Ajaran Azhar Wahab diwartakan sesat oleh sembilan majlis fatwa negeri, termasuk Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan secara berperingkat-peringkat sejak 1970.
Lebih mengejutkan, siasatan wartawan Metro Ahad mendapati murid dan pelajar pusat tahfiz di Kedah yang tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dibekalkan dua produk kesihatan yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) dan cakera padat video (VCD) yang bukan saja tiada kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN), malah klip video dalam VCD terbabit jelas bertentangan dengan imej pelajar tahfiz.



Cara kumpulan terbabit kali ini dilihat lebih tersusun bagi mengelakkan kegiatan mereka mudah dikesan dan dikenakan tindakan, namun produk yang dijual kepada orang ramai untuk diminum atau disapukan pada badan boleh diragui kandungannya kerana tidak menepati piawaian.
HELAH... remaja mengutip derma sambil menjual produk herba yang diragui. Gambar kecil, surat yang dijaja untuk mengutip derma.
Siasatan ke sebuah kilang di Sungai Petani, Kedah berdasarkan alamat pada botol produk mendapati, premis itu hanya melakukan kerja membuat ais krim dan menjahit langsir.
Selain itu, identiti beberapa remaja perempuan yang mengaku pelajar pusat tahfiz turut diragui berikutan semakan wartawan di Kedah mendapati sekolah berkenaan hanya dihuni murid tahun satu hingga enam.

-Harian Metro

MANA GENG AKIDAH MAKSUM ?????
MANA GENG BUKAN PARASIT ????
MANA PEJUANG AGAMA BANGSA PERKASA ????
MANA GENG NAJISSSS UG ????
SENYAP...lembUMNO punya standart pergerakan. Ada DUIT, JALAN...tak da duit, BOLEH JALAN..HIDUP HASAN AKIDAH !!! ANDA HEBAT !!! ANDA MAKSUM !!!

FITNAH HASAN NAJISSSSS UG KEPADA PAS - LATEST UPDATE !!!!

Hasan NAJISSSS UG semakin kuat menyalak dan menonjolkan imej BTN ala lembUMNO nya hari ini. Dengan mendapat liputan yang sangat meluas daripada lidah munafiq no 1 lembUMNO, tidak kira lidah yang dicetak atau pun elektronik, Pencinta NAJISSSS UG kini semakin melampaui batas dalam menyalak. Terbaru, dalam Utusan Malaysia hari ini, BERITA UTAMA adalah berkenaan dengan FINAH HASAN NAJISSSSS UG kepada Pimpinan PAS dan PAS keseluruhannya. ( ada di sini )




Saya senaraikan 3 FITNAH HASAN NAJISSSS UG hari ini :

1 ) HasanNAJISSS UG mengatakan PIMPINAN PAS adalah PARASIT PEROSAK AKIDAH semata mata kerana tidak menyertai HIMPUN !!!!!!

- tidak pernah termaktub dalam mana - mana dalil Al Quran, Hadis, Ijmak mahupun Qias yang mengkategorikan seseorang sebagai PEROSAK AKIDAH, kalau tak turun HIMPUN.

- HASAN NAJISSS UG kata pimpinan PAS PARASIT PEROSAK AKIDAH, Maka Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Tuan Guru Dato' Haron Din, Al Fadhil Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, dan RAMAI LAGI ULAMA' - ULAMA' adalah pimpinan PAS. MAKA MEREKA SEMUA ADALAH PARASIT YANG MEROSAKKAN AKIDAH MENGIKUT KATA - KATA HASAN NAJISSS UG ( Celakalah orang yang menghina dan menjatuhkan maruah pimpinan Ulama' )

- HASAN NAJISS UG SAHAJA PEJUANG AKIDAH, orang lain PARASIT, DIA MAKSUM !!!!

2 ) HASAN NAJISS UG ini juga menyatakan PAS tidak percaya gejala MURTAD MAKIN SERIUS dan PERLU DIBENDUNG

- WOI ANJING NAJISSS UG, PAS adalah gerakan Islam yang paling lantang dan terawal memperjuang dan mempertahankan akidah Ummat ISLAM di Malaysia, khususnya. Sejak daripada awal penubuhan lagi, PAS diterajui Ulama' yang bermati - matian untuk pertahankan ISLAM. lembUMNO yang sekular dan tak pernah peduli lansung pun pasal Islam, melainkan ada kepentingan, baru menjilat ala Ibrahim KATAKI !!!!!!

- WOI ANJING NAJISS UG, kalau geng - geng lembUMNO hang tudung pun tak cukup inci nak beli, tak payah sembang pasai akidah la bodo, balik tengok cermin dulu !!!! CINCIN BOLEH BELI, TUDUNG TAK MAMPU KE ????? LEMBumno PUN BOLEH ADA KONDO, TAKKAN PARASIT MACAM KALIAN TAK BOLEH BELI TUDUNG !!!!

3 ) Orang PAS sendiri yang halang HASAN NAJISSS UG nak cegah MAKSIAT

- Woi NAJISSS UG, lembUMNO punya program Countdown New Year kat I - city, KLCC, dan sebagainya semua tempat buat ibadah, penuh dengna AKIDAH ala lembUMNO, KENAPA TAK PI MENYALAK KAT SANA ??? teloq ada berani?????

-lembUMNO buat program, panggil penyanyi separuh BOGEL, TU SEMUA AKIDAH MULIA, BUKAN PARASIT. Majlis mengikut syariat ISLAM yang PAS buat, yang tu menggugat akidah .. BODO PUNYA LEVEL PHD ( PERMANANT HEAD DAMAGE ) Patut BODO !!!!!!

Melalak bagai orang gila, sikap dan tabiat sendiri macam parasit, pastu nak menyalak dalam lidah lembUMNO PASAI AKIDAH, HEBAT HASAN NAJISS UG !!!!!! ANDA MAKSUM!!!!!!