Wednesday 18 January 2012

Anak ALI 2 orang tu tak nak MENYALAK ke?

BEKAS Menteri Persekutuan, Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir membuat kenyataan berani mati dalam sebuah forum semalam apabila mengakui Umno menggunakan rasuah untuk mendapatkan undi pilihanraya lalu.

Beliau mengakui bahawa beliau sendiri menerima sejumlah wang untuk diedarkan kepada para pengundi bagi merasuah para pengundi agar mengundi Barisan Nasional melalui taktik yang digelar "Bomb".



Lihat dengan mata kepala anda sendiri, bekas menteri Umno ini sendiri mengakui bahawa berlaku amalan rasuah di dalam Barisan Nasional untuk memperolehi undi. Akhirnya tuan punya badan mengakuinya sendiri.

Sudah diketahui umum bahawa Umno sudah lama melakukan pembelian undi untuk terus mengekalkan kuasa. Taktik rasuah seperti ini merupakan amalan biasa di dalam Umno.

Umno dan rasuah tidak dapat dipisahkan bagaikan aur dengan tebing. Tidak hairanlah perasuah dilantik menjadi pengerusi Felda, tak hairan juga ada perasuah yang dilantik menjadi Ketua Menteri.

Beliau masih ahli Umno dan juga merupakan bekas menteri. Malah beliau sendiri menerima duit untuk diedarkan sebagai rasuah bagi meraih undi kepada Barisan Nasional.

sumber : milosuam

No comments:

Post a Comment