Saturday 14 January 2012

Isu PTPTN : Kerajaan PAS Kelantan Janji Hapuskan


Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN ) merupakan antara isu yang hangat diperbincangkan, samada diperingkat Mahasiswa mahupunmereka yang telah bergraduasi. Bermula dari isu pinjaman yang "tidak logik" khususnya kepada penuntut di IPTS khususnya, disusuli dengan isu halangan untuk keluar negarabagi yang belum menjelaskan hutang PTPTN tersebut, yang turut popular dikalangan Mahasiswa sebagai PTPTipu.

Keadaan ini terus mengundang buah mulut dan perbincangan yang rancak dikalangan rakyat, kerana didakwa meragukan kerana isu riba' dan sebagainya. Tidak cukup dengan itu, isu pemberian Biasiswa yang sepatutnya dimiliki oleh mahasiswa, khususnya dikalangan bumiputra yang padaa asalnya kini ditukar kepada pinjaman PTPTN ini, turut menarik minat para penganalisis ekonomi dan politik.

Bersangkutan dengan realiti politik yang kian membarah, maka isu PTPTN ini juga dilihat antara kekejaman UMNO dan Barisan Nasional dalam menganaktirikan keperluan pendidikan warga Malaysia kini. Lambakan isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan wang, khususnya dikalangan pimpinan parti radikal melayu tuatersebut menguatkan lagi spekulasi tentang WANG RAKYAT ditelan dengan seenak rasa oleh KERAjaan tirani pimpinan UMNO.

Serentak dengan itu, Kerajaan Kelantan pimpinan PAS mengambil langkah drastik, demi memastikan hak dan keperluan yang sepatutnya milik rakyat, dipulangkan kepada mereka. Di wakili oleh orang kanan TGNA, YB Dato' Husam Musa menjanjikan akan menghapuskan hutang PTPTN kepada rakyat Kelantan yang bermula sejak 2005, sebaik sahaja tuntutan royalti Kelantan berjaya diperolehi.

Perkara ini memberikan isyarat yang positif daripada Pakatan Rakyat dan PAS khususnya, bahawa PAS dan PR komited untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat dalam segenap aspek hidup, termasuklah dalam soal keperluan pendidikan ini. Bertepatan dengan Konsep Negara Berkebajikan yang dilaungkan PR selama ini, Kerajaan PAS Kelantan mengambil langkah progresif bagi merealisasikan dan membuktikan kesungguhan parti Islam ini dengan mengumumkan pada Konvensyen Pakatan Rakyat yang sedang berlansung di Kedah bahawa mereka akan menghapuskan Pinjaman PTPTN rakyat Kelantan mulai 2005 sebaik memperolehi wang royalti kelak. Berita baik untuk MAHASISWA !

Bersama Islam tumbangkan KEZALIMAN UMNO.
PTPTN DIHAPUSKAN, BIASISWA DIKEMBALIKAN !!!!

No comments:

Post a Comment