Wednesday 11 January 2012

Isu Wang Zakat, FISABILILLAH ???

Malaysia digemparkan dengan pendedahan penggunaan wang zakat oleh menteri yang sepatutnya menjaga wang zakat untuk asnaf, bukan untuk poket sendiri. Maka, keluarlah banyak kenyataan yang bervelit - belit dan bercanggah antara satu sama lain. Mula - mula ada yang menafikan, kemudian apabila adanya pendedahan, kata boleh kalau nak guna pulak. Tapi tak nafi dah kata ambik duit tersebut, cuma tak kata ambik sahaja lagi. Hari ini keluar pulak fatwa baru, hukum ikut kitab mana tak tahu, tapi dah dikategorikan tindakan menggunakan Wang Zakat untuk menentang QAZAF termasuk dalam kategori asnaf yang layak dapat ZAKAT !!!!

Tak dapat dipastikan kitab mana jadi rujukan, samada Tanbihul Ghafilin, atau kitab Muwatta', atau pun Matla'ul Badrain, aku pun tak pasti. *dengar cerita bekas student Maahad Mahmud Kedah, dahsyat dah patutnya ilmu tu. Tapi apabila dah dapat jadi menteri, segala ilmu tu tak tau la mana pegi, sampai berbelit - belit kenyataan, pening rakyat yang mendengar. Hari ini, timbul pulak HUKUM BARU yang mengkategorikan menentang Qazaf * HUKUM ALLAH pun boleh masuk dalam kategori asnaf, HEBAT !!!! TAHNIAH !!!! Berguna sungguh ilmu yang dipelajari sekian lama di maahad dulu. Jom tengok dan nilai gambar - gambar ni




Lepas tengok dan baca, nilailah sendiri penafian dan kenyataan berbelit - belit mereka selama ini. Moga Islam kembali memayungi dunia. Lama dah kezaliman dan kefasadan bermaharajalela dibumi Malaysia ni, dah sampai penghujung dah rentak dan gayanya, wallah hu a'lam.

Nak baca kenyataan MUFTI tu, tengok kat sini : duniacacamarba

No comments:

Post a Comment