Saturday 14 January 2012

Lansung dari Konvensyen PR : PTPTN bakal dihapus di Kelantan, TOL akan menyusul

Sebentar tadi, Yb Dato' Husam Musa menyatakan kesedian Kerajaan PAS Kelantan untuk menghapuskan PTPTN dikalangan anak kelantan bermula daripada tahun 2005 hinggalah yang terkini setelah mendapatkan tuntutanroyalti kelak. Hal ini berkesinambungan daripada isu dan kemelut yang pelbagai berkaitan dengan pinjaman " ZALIM " ini. Selepas kenyataan Yb Dato' Husam yang dilihat melegakan rakyat Kelantan, khususnya dikalangan Mahasiswa dan mantan Mahasiswa, seorang lagi Pimpinan Pakatan Rakyat mengumumkan perkara kedua.

Isu Tol, khususnya PLUS yang dilihat antara bebanan terbesar kepada rakyat, apatah lagi yang terpaksa berbelanja hampir RM1000 sebulan hanya untuk bayaran tol pergi dan balik kerja sahaja. Andai gaji bulanan sekitar RM 1000 + +, maka keadaannya amatlah menekan, ZALIM. Maka, menyedari akan bebanan dan kezaliman yangselama ini didiamkan oleh rejim rasis UMNO dan Barisan Nasionla, maka Pakatan Rakyat tampil dengan menyatakan kesediaan untuk meringankan bebanan ini.

Memetik ucapan daripada Setiausaha Agung DAP di Konvensyen PR sebentar tadi, Yb Lim Guan Eng berkata, Pakatan Rakyat optimis akan menghapuskan Tol sebaik sahaja menawan Putrajaya pada Pilihanraya Umum ke 13 yang bakal berlansung dalam masa terdekat ini. Hal ini sangat raasional dan munasabah kerana PLUS hanya menelan untuk buta sepanjang beroperasi selama ini. "Kos pembinaan PLUS sekitar RM 6 billion. Gantirugi dari KERAjaan dan kutipan tol berjumlah RM 24.3 billion. RM 18 billion untung buta" katanya.

Disamping itu, Pakatan Rakyat juga akan mengambil tindakan keatas Syarikat kroni BN yang selama ini jelas melacurkan segala hak dan aset negara yang sepatutnya milik rakyat secala mutlak. Isu berkenaan syarikat kroni BN sudah tidak dapat dibendung lagi. Contoh mudah, pendedahan penglibatan Ketua Wanita UMNO dengan Perbadanan Fidlot Nasional ( NFC ) yang melantak dan menghabiskan wang rakyat mencecah angka RM250 Juta merupakan suatu pengkhianatan yang besar kepada rakyat dan negara. Maka Tindakan serius akan kita ambil keatas pengkhianat - pengkhianat ini..

Kesediaan dan kesungguhan Pakatan Rakyat ini memberikan sinar dan harapan baru kepada rakyat Malaysia untuk menyaksikan keadilan dan ketelusan pemerintahan sesebuah kerajaan Rakyat mentadbir Malaysia. Contoh awal seperti di Kelantan dan Kedah menjadi antara contoh yang baik, sebagai langkah awal untuk rakyat menyerahkan kepada Pakatan Rakyat untuk mengambilalih Putrajaya dariapada FIRAUN era moden, UMNO Barisan Nasional.

Bersama RAKYAT menumbangkan KEZALIMAN
Malaysia Sejahtera TANPA UMNO
Asalkan Bukan UMNO, ABU !!!!

No comments:

Post a Comment