Monday 23 January 2012

Pengisytiharan Harta, Berat Sangatkah ???

Isu pengisytiharan harta dikalangan pimpinan utama Negeri dan Negara mula hangat diperbincangkan, terutamanya selepas pengisytiharan harta yang dibuat oleh ADUN dan Pimpinan Negeri Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat. Pendedahan dan pengisytiharan harta dikalangan ADUN PR Pulau Pinang ini nyata telah membuatkan lembUMNO menggelabah seperti cacing kepanasan. Bermula dengan si Nazri yang mengeluarkan kenyataan berstatus budak sekolah rendah yang tak lulus UPSR, kini kenyataan menggelabah lembUMNO ini cuba dimurnikan oleh kenyataan manusia yang pernah dihukum oleh lembUMNO sendiri kerana RASUAH.

Ketua Menteri Melaka hari ini menyatakan bahawa isu pengisytiharan harta ini perlulah mendapat kelulusan dan persetujuan semua, termasuklah Perdana Menteri, Ah Jib Gor. Nampak seperti serampang dua mata, kenyataan Idola RASUAH lembUMNO ini ada dua keadaan. Keadaan yan pertama, Ah Jib Gor telah diumpan masuk sama kedalam isu yang melibatkan harta ini. Mana mungkin pengisytiharan ini akan dilakukan, cuba kira NILAI beg tangan LAKI NAJIB sahaja, dah sama dengan HARTA KESELURUHAN EXCO Pulau Pinang gamaknya. Ini belum campur gelang, CINCIN USD 24 JUTA, rantai dan cenderahati kenang - kenangan yang dibeli semasa "jalan - jalan" di Australia dan pusing dunia. Keadaan yang kedua, apabila BINI ROSMAH tak berani nak isytihar harta, maka yang lain pun akan kata mereka TAAT kepada Ah Jib Gor. Checkmate, mereka selamat !!!!

Kalau tidak, mesti pening kepala masing - masing nak isytihar harta. Kereta dan rumah dah berapa, songlap duit rakyat, rasuah dan lain - lain, banyak tu. Maka mengumpan BINI ROSMAH kedalam isu ini menarik. Namun, keadaan SEPERTI SELAMAT ini kembali diganggu. Veteren lembUMNO tampil memanaskan suasana, apabila mengeluarkan satu kenyataan pedas dan sinis, dengan menyatakan bahawa menteri yang tidak mahu mengisytiharkan harta, harus secar sukarela letak jawatan, atau mereka akan dipecat. Kenyataan sinis ini menyemarakkan lagi hubungan yang sudah sedia "tegang"antara dua orang anak - beranak lembUMNO ini.

Seolah ingin mengalih perhatian, ada juga team lembu - lembu ini yang mencabar agar TGNA agar mengisytiharkan harta beliau, kerana telah 20 tahun lebih menjadi MB dan memerintah Kelantan, tak kan tak ada tipu dan rasuah kot. Checkmate, jemaah lembu - lembu ini sekali lagi menadah tengkok untuk di sembelih. Dua perkara yang ingin aku ucap terima kasih kepada para lembu sekali. Yang pertama, para lembu ini telah memberi peluang kepada rakyat untuk melihat ketelusan dan tiadanya penyelewengan, apatah lagi pembolotan harta oleh Kerajaan PAS Kelantan, Pimpinan TGNA. Serentak itu, TGNA dengan tenang dan tegas menyatakan kesedian untuk mengisytiharkan harta beliau, tanpa rasa takut dan menggelabah seperti lembu - lembu dari lembUMNO. Yang kedua, kenyataan " kerana telah 20 tahun lebih menjadi MB dan memerintah Kelantan, tak kan tak ada tipu dan rasuah kot " menjelaskan imej dan wajah sebenar lembu - lembu ini. Bagi mereka, andai telah berkuasa, penyelewengan, rasuah, penipuan dan segala dosa adalah perkara wajib, yang seolah - olah HARAM andai tidak berlaku. INI JELAS MENGGAMBARKAN IMEJ PUAK JUAK LEMBU, maka tak pelik, kalau dibawah pentadbiran lembUMNO, lembu pun boleh ada KONDO dan Restoren Makanan Mewah !!!!

Kalau kalian ingin membaca SINDIRAN veteren lembUMNO, ada di sini
Perangkar IKON RASUAH pula, baca di sini
Terakhir, kenytaan TGNA berkenaan isu ini, di sini

Sekian,jelas buat semua, TOLAK lembUMNO demi kesejahteraan bersama, ASALKAN BUKAN UMNO !!!!

No comments:

Post a Comment